Tayar: Part II
- Admin
- Dec 2, 2021
- 1 min read
TIP PEMILIHAN TAYAR
SAIZ TAYAR
205 / 50 / 16R
205 – Kelebaran tayar
50 – Tinggi tayar
16R – Diameter tayar
*Untuk upgrade tayar, pastikan ia bersesuaian dengan rim. Sila rujuk kepada pakar untuk tahu tayar yang bersesuaian dengan rim anda.
MAKLUMAT PADA TAYAR
Treadwear - Pengelasan kadar kehausan tayar
Kategori: Semakin tinggi nombor semakin tahan lama,contohnya tayar dengan rating treadwear 400 seharusnya dua kali lebih tahan lama berbanding tayar dengan rating 200.
*Rating ini juga bermaksud kompaun getah yang digunakan samada keras,sederhana atau lembut.Tayar lembut cengkamannya lebih baik,tetapi cepat haus.
Rating
Below 200 – Biasanya tayar untuk track
200 to 340 – Biasanya tayar performance (Pemanduan moderate dan lasak, grip dry and wet terbaik)
300 to 420 – Biasanya tayar ECO (moderate driver, daily driver)
450 to 550 – Biasanya rating ini pada tayar budget. Lambat haus tapi getah tayar akan mengeras
Traction - Abiliti tayar untuk menghentikan kenderaan diatas permukaan basah
Kategori:Terbaik AA,diikuti A,B dan paling rendah C.
Temperature - Ketahanan tayar terhadap suhu dan kebolehan untuk menyingkirkan haba
Kategori: A,B dan C.Kategori A lebih sejuk dan C panas.Panas tidak bermakna ianya tidak selamat,cuma berdasarkan rating tersebut tekanan angin dan beban yang sesuai harus digunapakai.
Comments