
Sertai kami sekarang!
ABOUT US
Bismillahirohmanniirohim
Assalamualaikum warohmatullah.
Selamat petang dan salam hormat kepada semua sahabat GD8 Malaysia.
PERKARA: SURAT DAN SIJIL KELULUSAN PERMOHONAN DARI ROSES
Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROSES) telah MELULUSKAN permohonan GD8 Malaysia (GD8MC) untuk menjadi sebuah pertubuhan yang SAH disisi Undang-undang Malaysia.
Butiran untuk penubuhan GD8 Malaysia seperti berikut:
Nama Pertubuhan : GD8 MALAYSIA
Nombor Pertubuhan : PPM-023-10-05082020 ("klik untuk semak")
Tarikh Kelulusan : 17 Julai 2019
Dengan ini, GD8 Malaysia sedang mengorak langkah memasuki fasa baharu sebagai satu pertubuhan yang SAH disisi undang-undang negara Malaysia dengan status Pertubuhan Kebangsaan.
Semoga usaha kita ini untuk mencapai matlamat asal GD8 Malaysia iaitu "Menyatukan pemilik-pemilik jentera Honda City GD8 2003-2008" akan tercapai dengan jayanya.
Sama-samalah kita bersatu merialisasikan matlamat kita ni agar apa yang telah kita lakukan selama ini tidaklah hanya sia-sia. Rapatkan saf & kukuhkan jalinan ukhuwah sesama kita.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.
Ikhlas dari pihak pengurusan,
GD8 MALAYSIA